TNBEV @ TechnoInnovation Expo 2024 (TIE 2024)
Sempena TechnoInnovation Expo 2024 (TIE 2024) dan Seminar Literasi Tenaga Peringkat Negeri Kelantan anjuran FBKT dan TNB semalam, sempat cuba-cuba kerete EV milik TNB, TNBEV. Sekarang TNB memiliki 2 unit TNBEV berjenama Maxus dan akan mendapat tambahan sebanyak 82 unit dalam masa terdekat. Kereta EV ini diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Fleet.
En Amin, juruteknik di bawah unit EV daripada pejabat TNB HQ menjemput saya untuk masuk ke tempat pemandu untuk mencuba pengalaman TNBEV.
"Encik tekan brek dulu dan pusingkan kunci kereta," arah En Amin sebaik saya mengambil posisi dalam tempat pemandu TNBEV.
"Model ni masih guna kunci kereta untuk hidupkan enjin. Model yang baru ada yang guna push button" sambung beliau.
Saya mengikut arahan En Amin. Kunci kereta saya pusingkan. Namun, tiada ada apa-apa yang berlaku.
Senyap.
"Ape hal pulak tak hidup ni," bisik saya sendirian.
"Okay, sekarang kalau encik tengok pada dashboard kereta tertulis READY. Maksudnya kereta ni dah start," ujar En Amin sambil tersenyum.
Mungkin dia dapat membaca 'kedaratan' yang sedang melanda diri saya.
Memang rasa 'darat' sungguh. Tiada sebarang bunyi tipikal enjin kenderaan. Senyap dan sunyi.
"Kalau nak gerakkan kereta, mula-mula tekan brek dan pusing tombol di tengah tu daripada N ke D. Then, lepas brek pelan-pelan. Nak undur tekan brek dan pusing tombol ke R," tambah En Amin.
Saya terus mengikut arahan En Amin. Gerakkan TNBEV ke hadapan dan mengundur ke belakang. Bolehlah buat rasa-rasa pengalaman baru.
Selepas itu perbualan berkisar tentang keupayaan dan ciri-ciri TNBEV. Jarak pemanduan TNBEV boleh mencapai 330km. En Azizi, selaku eksekuif EV dan General repairs TNB turut menunjukkan cara pengecasan kereta ini dan ciri-ciri keselamatan yang ada.
Dimaklumkan TNB akan memperluaskan penggunaan kenderaan EV dalam operasi meliputi motosikal elektrik, bas, kereta dan lain-lain sebagai menyahut agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance (ESG).
#coretanhakimin
#fbktohsem #literasitenaga #tnbfbkt #tie2024 #bionex2024 #matex2024 #wte2024

Comments
Post a Comment