Ulasan Ringkas "The Psychology of Money - Morgan Housel"
"The hardest financial skill is getting the goalpost to stop moving"
Mengakhiri 2023 dengan buku hasil karya Morgan Housel. Buku ini adalah buku ke-5 daripada target tahunan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 buku di luar bidang akademik. Genre buku yang diminati dan menjadi pilihan saya pada 2023 kebanyakan berkisar kepada personal finance.
Secara peribadi, buku The Psychology of Money (TPOM) ini sangat menarik dan memberikan perspektif yang berbeza berkaitan kewangan. Ianya dihidangkan dalam bentuk penceritaan @ storytelling yang menjadikan kandungannya mudah dihadam dan tidak membosankan.
Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat digali daripda buku ini. Ini tidaklah menghairankan memandangkan sosok Morgan Housel merupakan pengarang tersohor dalam bidang penulisan bisnes dan pelaburan yang telah memenangi beberapa anugerah berprestij. Buku best seller ini juga telah terjual melebihi 4 juta unit.
6 perkara utama yang saya pelajari daripada buku ini:
1.Financial success = soft skill
Financial success melibatkan soft skills. Bukan hard science. Penulis menamakan soft skill ini sebagai psychology of money. Soft skills adalah lebih penting berbanding sisi teknikal kewangan dalam financial success. Penulis meyakinkan pembaca berkaitan perkara ini dengan membawa beberapa anekdot yang mengesankan.
Apabila disebut soft skills, maka skill ini perlu dipelajar dan dipraktikkan. Justeru, kemahiran kewangan perlu dipelajari samada melalui pembacaan, seminar, webinar dan lain - lain serta dipraktikkan.
2.No one is crazy
Cara seseorang berinteraksi dengan duit adalah bergantung kepada latarbelakang dan pengalaman hidup individu tersebut. Perkara yang mungkin nampak tidak logik ataupun gila yang dibuat oleh seseorang, mungkin nampak okay dan baik - baik sahaja bagi si pelaku.
3.No one cares about you
Paradoks seorang individu A yang sedang memandu kereta mewah. Individu B yang melihat kereta mewah tersebut akan membayangkan jika dia dapat memiliki kereta mewah tersebut, pasti orang lain akan merasakannya hebat. Individu C, D dan seterusnya juga akan mempunyai perasaan yang sama.
Hakikat di sini, tiada siapa peduli kepada pemandu kereta mewah tersebut. Fokus utama mata yang memndang adalah kepada kereta mewah tersebut, diri sendiri dan dilihat hebat oleh mata orang lain yang memandang. Kitaran yang tidak akan berkesudahan sehingga nyawa meninggalkan badan.
4.Horizon masa dan kesan compounding
Daya terbesar dalam kejayaan kewangan adalah masa dan kesan compounding. Banyak buku menulis berkaitan pelabur legenda Warren Buffet dari segi falsafah, strategi pelaburan, pemilihan saham dan lain-lain. Perkara itu mungkin ada benarnya.
Namun, tidak ramai yang mengetahui Warren Buffet mula melabur ketika berumur 10 tahun dan masih masih melabur sehingga umur beliau sekarang, 93 tahun. Hampir 1 abad. Di sini lah kuasa compounding memainkan peranan yang sangat berimpak. Tanpa mengira apa yang berlaku samada kemelesatan ekonomi, peperangan dan peristiwa di luar kawalan, Warren Buffer terus berada di dalam pasaran saham. 85% net worth Warren Buffet diperoleh ketika beliau berusia 60 tahun.
Bayangkan kuasa horizon masa yang yang panjang dan compounding!
5.Perbezaan Rich dan Wealth
Rich adalah perkara yang bersifat sekarang dan boleh nampak secara nyata. Contohnya seseorang yang mempunyai kereta mewah dan rumah agam boleh dikategorikan sebagai Rich kerana mempunyai kemampuan untuk membayar gaya tersebut tersebut.
Manakala Wealth adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Kereta mewah yang tidak dibeli, rumah agam yang tidak dimiliki. Contoh jumlah wang dalam akaun simpanan dan pelaburan. Aset yang tidak dapat dilihat dan diketahui oleh sesiapa Tiada siapa yang tahu.
6.Getting Wealthy & Stay Wealthy (Getting Money & Keeping Money)
Untuk mencapai status Wealth memerlukan sikap optimistik dan pengambilan risiko yang terkawal. Namun, untuk mengekalkan status Wealth melibatkan kemahiran yang berlawanan iaitu pessissim, paranoia dan berjimat cermat.
Penulis membawakan kisah lagenda trader saham, Jesse Livermore yang menjadi billionair ketika kejatuhan saham pada October 1929 melalui teknik trading beliau.
Selepas itu, Jesse Livermore menjadi lebih yakin dan melakukan aktiviti trading dengan amaun yang lebih besar. Akhirnya, pada 1933, Jesse Livermore membunuh diri selepas kehilangan sejumlah yang besar dalam pasaran saham.
Kisah lain yang banyak didengari seperti atlet/selebriti yang jutawan ketika berada di puncak, namun kemudian berada dalam status kemiskinan/kebankrapan selepas beberapa tahun mendatang.
Disiplin dan ilmu kewangan adalah kunci.
Sebenarnya, banyak lagi input dan wisdom yang dapat digali daripada karya Morgan Housel ini. Buku ini layak untuk dibaca berkali-kali bagi mengorek ilmu dan kebijaksaan yang terkandung di dalamnya.
Semoga 2024 akan dapat diwarnai dengan bacaan buku-buku dan perkongsian tulisan yang bermanfaat.
#rakbukuhakimin
#Malaysiamembaca
#bangsamembaca
#coretanhakimin
#bacalahdengannamatuhanmu

Comments
Post a Comment