𝗥𝗢𝗕𝗢 𝗦𝗢𝗖𝗖𝗘𝗥 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗡𝗔𝗠𝗘𝗡𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱
"Robo Rivals, Soccer Survival"
Pertandingan Robo Soccer Tournament 2025 di bawah subjek EMT 3323 Kemajuan Dalam Teknologi Bahan berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, UMK Kampus Jeli.
Bahan komposit ini kemudiannya direkabentuk dan digabungkan dengan mikropengawal Micro:bit bagi membentuk Robo Soccer yang dikawal menggunakan bluetooth melalui telefon pintar.
Secara ringkas;
Bahan Komposit + Microbit & Makecode + Elektronik = Robo-Soccer
Pelajar tahun 4 Program Teknologi Bahan UMK, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) tidak mempelajari pengaturcaraan komputer di dalam silibus rasmi.
Namun, melalui sedikit pendedahan yang saya berikan menggunakan Micro:bit dan pengaturcaraan blok di laman sesawang Microsoft MakeCode, pelajar tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan robo soccer yang berfungsi.
Moga pengalaman ini membakar semangat pelajar untuk terus ‘explore’ potensi microcontroller dan block programming ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah buat semua pelajar EMT 3323 di atas penganjuran dan penyertaan dalam Robo Soccer Tournament 2025. Terbaik!
Comments
Post a Comment