Posts

𝗥𝗢𝗕𝗢 𝗦𝗢𝗖𝗖𝗘𝗥 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗡𝗔𝗠𝗘𝗡𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱

Image
  "Robo Rivals, Soccer Survival" Pertandingan Robo Soccer Tournament 2025 di bawah subjek EMT 3323 Kemajuan Dalam Teknologi Bahan berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, UMK Kampus Jeli . Program ini merupakan sebahagian daripada Penilaian Berterusan Projek kursus EMT3323, di mana pelajar telah mensintesis bahan komposit sebagai asas struktur robot. Bahan komposit ini kemudiannya direkabentuk dan digabungkan dengan mikropengawal Micro:bit bagi membentuk Robo Soccer yang dikawal menggunakan bluetooth melalui telefon pintar. Secara ringkas; Bahan Komposit + Microbit & Makecode + Elektronik = Robo-Soccer Pelajar tahun 4 Program Teknologi Bahan UMK , Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi , Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) tidak mempelajari pengaturcaraan komputer di dalam silibus rasmi. Namun, melalui sedikit pendedahan yang saya berikan menggunakan Micro:bit dan pengaturcaraan blok di laman sesawang Microsoft MakeCode, pelaja...

Bengkel Pembinaan Permainan Interaktif Melalui Scratch 3.0

Image
Pada 9 Disember 2024, Bengkel Pembinaan Permainan Interaktif Melalui Scratch 3.0 telah diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Bengkel adalah bengkel kedua di bawah Program 100 saintis, 100 sekolah dan 100 hari (STI 100^3) 2024 hasil inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada pelajar sekolah rendah tentang pengaturcaraan serta membina permainan digital yang interaktif dan kreatif menggunakan Scratch 3.0. Program ini disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Hakimin Bin Abdullah dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, UMK, yang berkongsi panduan serta teknik pengaturcaraan secara interaktif.   Sepanjang bengkel, pelajar diperkenalkan kepada fungsi asas Scratch 3.0 termasuk cara menggunakan blok pengaturcaraan dan mencipta sprite. Aktiviti utama melibatkan panduan langkah demi langkah untuk membina permainan digital seperti "Tangkap Epal d...

Bengkel Gamifikasi STEM Melalui Scratch 3.0 dan Microbit

Image
Bengkel ketiga dan juga penutup bagi Program 100 Saintis, 100 Sekolah, dan 100 Hari (STI 100³) 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Januari 2025. Bengkel ini, yang asalnya dijadualkan berlangsung pada Disember 2024, terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Seperti dua bengkel sebelumnya, sesi kali ini juga berlangsung di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Sungai Rual (SKSR), Jeli, Kelantan. Sebagai kesinambungan daripada Bengkel 1 dan Bengkel 2, peserta kali ini diberi pendedahan mengenai penggunaan microcontroller Micro:bit. Micro:bit ini membolehkan pelajar menghubungkannya secara wireless kepada projek atau aktiviti yang dibangunkan melalui platform Scratch 3.0 untuk tujuan kawalan pergerakan. Walaupun sesi bermula dengan sedikit cabaran akibat masalah sambungan internet yang berpunca daripada hujan, semangat pelajar tetap tinggi sepanjang bengkel. Keterujaan jelas terpancar apabila mereka berjaya mencipta projek digital dan menggunakan Micro:bit unt...

TNBEV @ TechnoInnovation Expo 2024 (TIE 2024)

Image
Sempena TechnoInnovation Expo 2024 (TIE 2024) dan Seminar Literasi Tenaga Peringkat Negeri Kelantan anjuran FBKT dan TNB semalam, sempat cuba-cuba kerete EV milik TNB, TNBEV. Sekarang TNB memiliki 2 unit TNBEV berjenama Maxus dan akan mendapat tambahan sebanyak 82 unit dalam masa terdekat. Kereta EV ini diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Fleet. En Amin, juruteknik di bawah unit EV daripada pejabat TNB HQ menjemput saya untuk masuk ke tempat pemandu untuk mencuba pengalaman TNBEV. "Encik tekan brek dulu dan pusingkan kunci kereta," arah En Amin sebaik saya mengambil posisi dalam tempat pemandu TNBEV. "Model ni masih guna kunci kereta untuk hidupkan enjin. Model yang baru ada yang guna push button" sambung beliau. Saya mengikut arahan En Amin. Kunci kereta saya pusingkan. Namun, tiada ada apa-apa yang berlaku. Senyap.  "Ape hal pulak tak hidup ni," bisik saya sendirian. "Okay, sekarang kalau encik tengok pada dashboard kereta tertulis READY. Maksudn...

Ulasan Ringkas "The Psychology of Money - Morgan Housel"

Image
  "The hardest financial skill is getting the goalpost to stop moving" Mengakhiri 2023 dengan buku hasil karya Morgan Housel. Buku ini adalah buku ke-5 daripada target tahunan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 buku di luar bidang akademik. Genre buku yang diminati dan menjadi pilihan saya pada 2023 kebanyakan berkisar kepada personal finance. Secara peribadi, buku The Psychology of Money (TPOM) ini sangat menarik dan memberikan perspektif yang berbeza berkaitan kewangan. Ianya dihidangkan dalam bentuk penceritaan @ storytelling yang menjadikan kandungannya mudah dihadam dan tidak membosankan. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat digali daripda buku ini. Ini tidaklah menghairankan memandangkan sosok Morgan Housel merupakan pengarang tersohor dalam bidang penulisan bisnes dan pelaburan yang telah memenangi beberapa anugerah berprestij. Buku best seller ini juga telah terjual melebihi 4 juta unit. 6 perkara utama yang saya pelajari daripada buku ini: 1.Financial success = so...